Eina Azman Muatnaik Video Sedang Menangis, Peminat Luah Rasa Bimbang!

2 months ago 42

Sebut sahaja nama pelakon, Datin Paduka Eina Azman, sudah pasti kita akan ternanti-nantikan perkongsian video masakannya yang sentiasa menambat hati peminat di media sosial.

Kongsi Video Sedang Menangis

Walaubagaimanapun, perkongsian terkini Eina di media sosial telah mengejutkan peminat apabila  memuatnaik video yang memaparkan dirinya yang sedang menangis serta quotes mengenai dirinya yang tidak dihargai orang lain.

“Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, buatkan mereka menghargai ketidakhadiran anda.”- quotes yang dikongsi Eina di media sosial

@einaazman13

💔💔💔

♬ Only Love Can Hurt Like This (Slowed Down Version) – Paloma Faith

Peminat Luah Rasa Bimbang

Ruangan komen dibanjiri dengan komen peminat yang meluahkan rasa bimbang melihat keadaan Eina yang sangat sedih itu, malah ramai yang mula membuat pelbagai spekulasi berhubung perkongsian pelakon siri drama The Maid.

“Datin, are you okay?.”

“Allahu kenapa sis Eina.”

“Aduhai i dont want this to be kes sondol menyondol.”

“Sape doo buat kak Eina Azman kita menangis.”

“Tengok dia yang terpaling bahagia di luaran. Tapi hati menyimpan seribu satu luka.”

“Semoga dipermudahkan urusan..Ya Allah.”

“Datin tak pernah menangis, tapi kali ni kenapa.”

“Datin why, tell me datin why..Please don’t cry datin please!!.”

“Don’t tell me it’s because kes penyondolan.”

Tidak mendedahkan punca yang menyebabkan berlaku keadaan sedemikian, sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja lah ya buat Datin Paduka Eina Azman.

Apa komen anda?

The post Eina Azman Muatnaik Video Sedang Menangis, Peminat Luah Rasa Bimbang! appeared first on Murai MY.

Read Entire Article